Aktiviti “Management by Objective” bagi sesi 2013 telah diadakan pada 11 Januari, hari Jumaat, bermula pukul 8.30 pagi sehingga 12 tengah hari, bertempat di Ruang Legar IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Ia dihadiri oleh hampir kesemua ahli BADAS yang mewakili lujnah masing-masing. Aktiviti ini diadakan bertujuan memperjelaskan dan membahagikan skop tugasan setiap lujnah dalam menganjurkan sebarang aktiviti yang telah dirangka dalam takwim BADAS.

    Setiap ahli bagi setiap lujnah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan tugasan masing-masing dalam ketetapan masa tertentu atau dalam mengendalikan sebarang aktiviti berkaitan. Ketua bagi setiap lujnah menerangkan skop tugasan setiap ahli selain membincangkan dan merangka perancangan aktiviti lujnah dalam jangka masa panjang dan juga jangka masa pendek. Setiap lujnah berpeluang menyelesaikan sebarang perkara, perancangan, dokumen serta kertas kerja yang tertangguh semasa sesi kepimpinan yang lepas. Setiap ahli majlis tertinggi BADAS juga ditugaskan untuk memantau setiap lujnah bagi memastikan kelancaran dan penyelarasan dalam perangkaan aktiviti dan perbincangan.

       Setiap lujnah telah memberikan komitmen dan kerjasama yang sangat memuaskan. Hasilnya, banyak aktiviti yang mencapai persetujuan ahli yang terlibat dan dijangka akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan sasaran. Sarapan ringan turut disediakan sepanjang aktiviti ini dijalankan.
                                

Perbincangan Majlis Tertinggi

Lajnah Jasmani sedang sibuk menyiapkan kertas kerja

aii tengok je??

Lajnah Penerbitan yang bersemangat

pendakwah WANITA

SPMI dan Lajnah Kebajikan bergabung tenaga