Jom! Kita menonton sambil beramal (^_^)
Monday, June 24, 2013 3:09 AM
Ditulis oleh BADAS
Peluang hebat!
_______________________________________________________________
____________________________________________________________________
CINEMA BADAS: Hafalan Shalat Delisa
Friday, March 2, 2012 9:25 AM
Ditulis oleh BADAS
Pada hari Khamis yang lepas bersamaan 1/3/2012, BADAS di bawah lajnah Penerbitan dan Publisiti sekali lagi telah berjaya menganjurkan tayangan filem buat tatapan semua warga IPG Kampus Sultan Abdul Halim.
[Tayangan Pertama] Sambutan Menggalakkan.
Tuesday, May 10, 2011 5:17 PM
Ditulis oleh BADAS
Buat julung-julung kalinya, BADAS di bawah anjuran Lujnah Penerbitan dan Publisiti telah mengadakan satu tayangan filem khas (Cinema BADAS) untuk semua warga IPG KSAH khususnya para guru pelatih bertempat di Dewan Bukhari 27 April 2011 yang lalu.
Filem pertama yang menjadi pilihan ialah sebuah filem box office dari Iran, yang bertajuk “Children of Heaven”. Cinema BADAS telah bermula pada jam 9.30 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam dengan kehadiran yang agak memberangsangkan dari kalangan para guru pelatih. Sambil menonton, para guru pelatih juga dapat beramal dengan menderma kepada tabung BADAS.
Filem ini telah berjaya menghiburkan dan menyentuh hati setiap penonton yang hadir melalui karakter watak utamanya, iaitu dua orang kanak-kanak yang polos, Ali dan Zahra namun sangat matang dalam memahami kesusahan hidup keluarga mereka. Jalan ceritanya sangat ringkas iaitu berkisarkan tentang kanak-kanak yang kehilangan kasut dan berusaha mendapatkan semula kasut dengan cara sendiri kerana keadaan keluarganya yang miskin.
Apa? BADAS buat tayangan Filem seperti di Panggung Wayang?
Tuesday, April 26, 2011 4:27 PM
Ditulis oleh BADAS
Assalamulaikum..
Apa khabar iman saudara dan saudari hari ini?
InsyaAllah..pada hari ini, iaitu 27 April 2011,
Pihak Badas dengan anjuran Lujnah Penerbitan dan Publisiti
akan mengadakan satu tayangan filem khas buat guru-guru pelatih
di IPG Kampus Sultan Abdul Halim...


