Dedikasi khas buat : golongan hawa seperti ku tidak kira anda siapa, hakikatnya kita serupa

            

Apa yang tidak ada di dalam syurga? Tetapi Adam tetap rindukan Hawa. Pernah dengar sebaris ayat ni?? Mesti ramai yang pernah dengar. Ya! itulah hakikatnya. Maka ALLAH ciptakan Hawa. Berbeza daripada adam. ALLAH lengkapkan HAWA dengan sifat lemah lembut, cantik, dan halus dalam tindak tanduk. Itu fitrah! Apatah lagi jika dihiasi dengan senyuman yang tak lekang dibibir, nampak manis dan sejuk untuk dipandang. Itulah perempuan, wanita, gadis atau apa pun namanya, itulah fitrah kejadiannya.

“There are hundreds of languages in the world, but a smile speaks them all. so smile in the face of your brother, it can be a form of charity for you.”

            Senyum tu ibadah! Mampu menyenangkan hati sesiapa saja dan memberi perasaan gembira pada sesiapa pun, yalah bila kita tengok orang senyum mestilah kita pun tersenyum sama tak kiralah orang itu siapa, dan rasa macam tenang aja. Senyum ni tak perlu pun bukak mulut, tak perlu pun atur bahasa bagai nak rak, tengok grammar, semantik betol ke tak?? tak payah!! Senyum aja orang dah tahu dah, maksudnya suka, gembira. tak pernah orang senyum untuk menyatakan marah dan dendam.
senyum seindah suria~ (cr to Google Image)
      Senyuman  itu untuk semua malah sebagai tanda kita ini tidak sombong dengan orang, TETAPI jika anda muslimah, senyuman pun kita kena ukur, bukan dengan pembaris tetapi dengan batas pergaulan. Jika pada perempuan, senyumlah, tak apa, murahkan senyuman tu tapi kalau pada lelaki yang bukan mahram, kena tengok-tengok pandang-pandang juga. Bukan boleh main senyum aja, nanti takut jadi fitnah dan dilabel sebagai perempuan yang tak tahu adab. Tetapi, janganlah sampai classmate sendiri tegur, tanya, dok muncung berinci, tak boleh senyum tahu? Tak boleh! Jangan la sampai macam tu, tengok keadaan dan kesesuaian ya.
     Senyuman itu universal dan boleh jadi hak sesiapa pun malah mudah untuk diberikan tanpa ada pantang larang. Tetapi wanita yang dikasihi, apakah nilai diri kita semurah senyuman yang kita berikan kepada semua orang? TIDAK!!  Kita boleh bermurah dengan senyuman tetapi bukan meletakkan diri kita semurah senyuman itu yang kita berikan pada semua orang, pada bila – bila masa walaupun pada orang yang kita tak kenal. TIDAK!! Jadi, peliharalah nilai diri..macam mana nak pelihara?? Pada diri saya, saya letakkan formula 5i.

I – ingat ALLAH
Mcm mana nak ingat ALLAH? Ingat pesan dan larangannya, apa ALLAH tetapkan pasal aurat kita??
Firman Allah SWT Surah An-Nur ayat 31 :
"Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka (jangan melihat lelaki ajnabi) dan memelihara kemaluan mereka (tidak berzina) dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang biasa nampak padanya. Hendaklah mereka menutup (aurat mereka) dengan JILBAB hinggalah menutupi dada mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau anak lelaki mereka atau anak lelaki suami mereka atau saudara lelaki mereka atau anak saudara lelaki saudara lelaki mereka atau anak lelaki saudara perempuan mereka atau pelayan lelaki yang sudah tidak ada keinginan syahwat kepada wanita atau kanak-kanak lelaki yang belum mengerti tentang aurat wanita. janganlah kamu menghentakkan kaki agar diketahui (didengari) perhiasan yang mereka sembunyikan (gelang kaki). Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung"

  Semuanya ALLAH dah gariskan melalui ayat ni, kita saja dok buat buat lupa nak ikut. Alasan, this is my life, this is my own bussiness, this is my choice, this is mine! Itu alasan nafsu kita, tetapi alasan iman, this is our religion, this is our RULE?? Mcm mana tu..?? kena ikut, itu aja pilihan kita..tidak ada pengecualian yang lain, inilah jalannya.  Maka, semak balik cara pemakaian kita, berdiri depan cermin periksa balik, betul tidak pakaian macam ini, boleh tidak macam ini, jangan tipu diri sendiri, kita sendiri tahu apa yang kita pakai wajar atau tidak..selemah lemah iman, iman itu akan bersuara, kamu tidak boleh berpakaian jarang, ketat, singkat, namun nafsu kita akan menjerit, kamu cantik, kamu nampak vogue mcm ini. Kata nafsu akan menjerat diri..percayalah...

cr to Google Image

I – ingat nabi
Apa kata nabi wahai rakan – rakan yang disayangi? Begini,
Saidatina Aisyah .a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abu Bakar pernah masuk di rumah nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda saw berpaling dan mengatakan: “hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (riwayat Abu Daud)

I – ingat ibu ayah

Saya selalu dipesankan dengan kata – kata, “ kalau sayang abah, bukan bagi berlian emas bergunung – gunung, tetapi tutup aurat dengan sempurna, sehelai rambut yang kelihatan pada umum bermakna selangkah abah menghampiri neraka” . Sesuai dengan firman allah dalam surah al tahrim, ayat 6;

“wahai orang – orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat – malaikat yang kasar yang tidak mendurhakai allah terhadap apa yang diperintahkannya kepada mereka dan mengerjakan apa yang diperintahkan”

Bermati – matian ibu ayah beri kita segala material dan dorongan spiritual dalam menempuh hidup yang adakalanya kita di atas dan adakalanya kita jatuh tersungkur. Sanggupkah kita mengkhianati mereka dengan dosa kita yang bakal ditanya dihadapan allah kelak?? Sudah tentu tidak, ingatlah wahai rakan – rakan yang disayangi, redha Allah terletak pada redha ibu ayah.


I – ingat suami

 Saya tak ada suami lagi, nak ingat dia buat apa?? Ok, faham. Tapi setiap orang itu dicipta berpasang – pasangan, lambat atau cepat pasti akan hadir pemilik tulang rusuk kiri itu. Insyaallah, jadi ingat lah apa yang ada pada diri kita adalah hak milik dia yang eksklusif. Hanya dia yang berhak. Jadi, mengapa aurat perlu jadi tontonan ramai?? Untuk menarik perhatian??

Eh kolot la cara pemikiran awak, kalau kita tak dedah dedah, mana  ada lelaki nak tertarik?? Kalau tertarik pun, tak nampak kesempurnaan tu, nanti dia ingat kita tak ada telinga pula, kepala botak ke, yalah bertutup dari atas sampai bawah. Mesti ada yang tak elok disembunyikan. Jadi, dedah la apa yang ada, supaya dia puas hati, tak ada unsur penipuan dalam perhubungan kami.

 Saya pernah dengar ayat macam ni. Nauzubillah..masyaallah..semudah ini aurat wanita dieksploitasi?? Barang yang cantik bukan untuk didedah tetapi disimpan kemas dalam jagaan dan ketahuilah muslimah yang disayangi, lelaki yang baik tidak akan pernah mengambil kesempatan apatahlagi menyentuh atau melihat aurat perempuan yang bukan miliknya. Ada orang menyebut, ‘sayangkan teman perempuan, tinggal – tinggalkan’ . Lelaki yang benar – benar menyayangi diri anda akan tinggalkan anda sehinggalah allah datangkan masa yang sesuai. Dibawah restu ibu ayah yang bersaksikan lafaz ijabkabul kerana Allah .

I – ingat mati
 Ini paling penting kerana setiap daripada kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang telah kita lakukan dihadapan Allah kelak. Sehelai pakaian yang kita pakai akan bersaksi dihadapan allah, kita sebenarnya telah menzalimi diri sendiri. Mampukah kita menanggung azab allah yang pedih. Wahai sahabiah yang disayangi, tidakkah kalian sedih tatkala nabi menjelaskan bahawa ketika israk mikraj, baginda melihat kaum kita paling ramai di neraka..asal kejadian kita untuk mengisi kekosongan hati adam di syurga bukan mengisi kekosongan ruang neraka allah..bukan..bukan. Bermurahlah dengan senyuman tetapi jangan meletakkan nilai diri semurah senyuman

P/s:  jazakallah kepada yang sudi membaca, satu peringatan untuk semua terutamanya diri saya yang masih banyak kekurangan. Assalamualaikum.


cr to Google Image
 Nukilan oleh,

Nur Razan Binti Mansor