Pilihanraya sudah semakin dekat. Namun, kita sebagai warga IPG KSAH sudah tahu bagaimana mahu mengundi?

 Bagi pilihanraya kali ini, terdapat enam kategori kerusi calon

i. calon umum
ii. calon kolej kediaman
iii. calon luar kampus
iv. calon ambilan
vii. calon opsyen/kursus
viii. calon borneo

Peraturan dan tatacaranya adalah seperti berikut:


1. Untuk calon umum semua guru pelatih perlu mengundi empat orang (kalau kurang atau lebih undi ditanda, kertas undi dikira rosak)

2. Calon kolej kediaman dan calon luar kampus, hanya guru pelatih yang menginap di asrama sahaja layak mengundi untuk calon kolej kediaman manakala calon luar kampus hanya untuk guru pelatih yang menginap di luar kampus.

3. Calon ambilan dan opsyen hanya diundi oleh guru pelatih untuk ambilan dan opsyen yang diambil ( x bley undi calon ambilan dan opsyen yg lain, jika tidak dikira undi rosak)
*terdapat beberapa calon ambilan yg telah menang tanpa bertanding, oleh itu guru pelatih bagi ambilan atau opsyen terbabit tidak perlu mengundi utk ambilan atau opsyen.

4. Untuk calon borneo hanya dikhaskan utk guru pelatih yg berasal dr Sabah Sarawak (kerusi utk calon semenanjung tdak dprtndingkan)

Sila patuhi peraturan undian bagi memastikan kelancaran proses pengundian pada 24 April 2001 (Ahad) nanti. Undilah untuk kerusi calon yg disediakan SAHAJA jika tidak mahu undi anda dikira sebagai UNDI ROSAK.


Jadi, jangan lupa turun mengundi dan tunaikan tanggungjawab anda sebagai warga IPG KSAH.
Calon umum pilihan anda

Calon ambilan Januari 2010 dan 2011
calon kolej kediaman, calon ambilan Julai 2010 dan calon opsyen Matematik
Undilah calon pilihan anda, pastikan yang terbaik. Jangan lupa ikut tatacara dan peraturan mengundi. Selamat mengundi,