Suatu forum bertemakan Kegemilangan Tamadun Islam telah berlangsung di Dewan Bukhari IPG Kampus Sultan Abdul Halim pada 25 Rabiul Awal 1432H bersamaan 30 Mac 2011 yang lalu. Forum yang julung-julung kali diadakan itu bermula pada jam 9.00 malam dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis, Saudara Abu Bakar Abdullah dan bacaan doa oleh Saudara Mohd Khairi Jamil sebelum pengerusi majlis bertindak menyerahkan sesi forum kepada saudara moderator bersama ahli-ahli panel jemputan, untuk mengupas tajuk “Kesepakatan Ummah Tunjang Kegemilangan Tamadun Islam”.

ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis
bacaan doa oleh saudara Mohd Khairi Jamil
       Saudara Mohd Syafiq Samsudin selaku moderator berjaya memainkan peranannya dengan soalan-soalan yang cukup bernas dan mantap. Antara persoalan yang dikemukakan adalah mengenai asas-asas yang menunjangi pembentukan tamadun, fungsi institusi rumah tangga dalam pembentukan peradaban khususnya peradaban Melayu dan keistimewaan tamadun Islam berbanding tamadun-tamadun lain.
dari kanan: Mohd Syafiq Samsudin (moderator), Dr Ridzuan Ahmad(ahli panel 1) , Dr. Zulkifli Yusuf (ahli panel 2)



       Forum yang berlangsung selama 2 jam itu telah berjaya mencapai sasarannya dengan kupasan, idea serta penjelasan yang padat lagi bernas lebih-lebih lagi datangnya daripada dua ahli panel yang cukup
berpengalaman dan bersemangat dengan hujah masing-masing bagi merungkai segala persoalan yang dikemukakan. Dua ahli panel yang dimaksudkan adalah Dr. Ridzuan Ahmad (Pensyarah di IPGM Kampus Sultan Abdul Halim) dan Dr. Zulkifli Yusuf (Doktor di Hospital Sultanah Bahiyah).
   
Dr. Ridzuan Ahmad
Dr Zulkifli Yusuf
            Sebelum menutup sesi forum pada jam 11.00 malam, pihak penganjur diwakili oleh Presiden BADAS, Saudara Nik Mohd Fahmi telah menyampaikan plag penghargaan kepada ahli-ahli panel dan moderator sebagai kenang-kenangan pada masa hadapan. Majlis bersurai dengan sedikit jamuan ringan.
Penyerahan plag penghargaan kepada Dr Ridzuan.
Penyerahan plag penghargaan kepada Dr Zulkifli
Penyerahan plag penghargaan kepada Mohd Syafiq

     Idea asal serta topik penganjuran forum yang istimewa pada kali ini adalah ilham ahli jawatankuasa Lajnah Kesenian dan Kebudayaan BADAS. Kesimpulannya, forum Kegemilangan Tamadun Islam ini merupakan satu langkah yang baik untuk memberi kefahaman sebenar kepada para guru pelatih tentang pentingnya nilai-nilai ketamadunan dan cara-cara menerapkannya dalam diri setiap individu Muslim.