InsyaAllah, majlis bacaan Yaasin dan solat hajat akan diadakan di surau IPG KSAH selepas Maghrib bertarikh 31/3/2011(hari ini). Beramai-ramai kita menyertai majlis ini untuk memohon perlindungan dari Allah daripada musibah yang kebelakangan ini melanda kampus kita.

Ujian dari Allah ini adalah sebagai peringatan untuk hamba-hambaNya. Insafilah diri serta sedarlah, musibah ini mungkin di atas kekhilafan kita sendiri.

Bersama-sama kita insyaAllah, memohon daripada Allah yang Maha Melindungi untuk menjaga kita dan harta benda kita. Ameen.