siapakah kamu didepan DIA

Assalamualaikum w.b.t

Salam pembuka bicara buat semua yang mengunjungi blog ni..trlebih dahulu, mohon maaf atas kelewatan untuk mngupdatekan blog ini..almaklumlah, kesibukan itu sudah menjadi perkara biasa buat semua insan yang bergelar pelajar IPTA. Namun, ia bukan menjadi satu penghalang untuk kita terlupa untuk berkongsi ilmu yang kita ad sebagai renungan kita bersama.

Untuk entry kali ini, saya amat takut bila membicarakan soal akhirat ini, terutamanya neraka..hati saya menjadi risau dan bimbang bila terkenangkan semua perbuatan di dunia ini. Adakah amalan saya diterima atau tidak? Persoalan itu hanya boleh di jawab oleh DIA yang satu shj. Apabila melihat firman Allah dalam kitanbNYA serta hadith yang diwahyukan kepada baginda s.a.w..saya menjadi tidak keruan..adakah saya tergolong dalam golongan ini?? Nauzubillahiminzalik!!!! Semoga Allah menjauhkan kita semua umat islam dari itu semua.

Sekarang saya akan menyerahkan kepada diri anda sendiri untuk menjawab persoalan ini..adakah anda mempunyai ciri2 seorang ahli neraka atau syurga?? Sebagai peringatan untuk kita semua..cubalah hayati ayat quran dan juga hadith dibawah. Ia mungkin sekadar tulisan biasa yang simple, tapi sejauh manakah kita telah melakukan perintah ALLAH dan sejauh manakah diri kita hanyut dibawa arus duniawi?? Catatan ini bukan sekadar penulisa saya, tapi igtlah bahawa ianya amaran dari dia AL-KHALIQ, pecipta alam ini. Ambillah ia sebagai satu pengajaran dan juga muhasabah untuk diri kita.Anda nilailah diri anda sendiri, siapakah anda dengan ALLAH..sejauh manakah hubungan anda dengan DIA..

SYURGA @ NERAKA???

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12
golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan
sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka
adalah seperti berikut:-


1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.


2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.


3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular
dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
berdusta.


5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan
mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.


7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan
darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati
sebelum bertaubat.


9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua
ibu bapanya.


11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Setelah membaca 11 ciri2 ahli neraka…bolehkah anda menilai diri anda?? Siapakah kita sebenarnya. Adakah hanya muslim pada nama?? Atau adakah mukmin yang beriman pada mulut?? Atau mungkin anda memang berniat didalam hati dan melafazkan iman dan islam di mulut serta menzahirkannya dengan perbuatan..sesungguhnya itulah sebenar-benar iman yang kita cari..semoga kita semua akan terus berhidup di muka bumi ini dengan menjadi seorang hamba yang taat pada perintahNYA serta mendapat keredahaanNYA.amin