Showing posts with label RENUNGAN. Show all posts
Showing posts with label RENUNGAN. Show all posts

Tazkirah Dunia Akhir Zaman

Dalam hidup manusia yang penting adalah berkat,

bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat,

Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat,

Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat,

Apabila masyarakat jadi muafakat, Negara kita akan jadi kuat,

Apabila Negara jadi kuat, Negara luar jadi hormat,

Apabila Negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat,

Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat,

Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan jadi pesat,

7 Cara Berhibur Mengikut Islam

Di malaysia pada zaman kini, hiburan sudah menjadi sebati dengan kehidupan rakyat-rakyatnya. Tanyalah anak-anak muda kita, siapakah Dafi, pasti mereka dengan pantas menjawab tanpa perlu rujuk buku. Tambah-tambah lagi, sekarang ini fenomena Korea melanda anak-anak remaja kita. Siapa tak kenal kumpulan super Junior? Siapa tak kenal Jessica dari SNSD?

Ayuh Bersatu

Ketika Saidina Ali mengetuai kerajaan Islam, ramai kumpulan orang Islam yang keluar dari pemerintahannya kerana merasakan kepimpinan beliau tidak betul dan salah. Suatu hari seorang sahabatnya bertanyakan soalan tentang golongan tersebut.

“Ya Amirul Mukminin kafirkah mereka?”

“Tidak, kerana mereka mengucap kalimah tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, sedangkan orang kafir mendustakannya”

“Munafikkah mereka?”

“Tidak, kerana mereka mendirikan solat, sedangkan orang yang munafik mendirikan solat dalam keadaan yang malas”

“Maka siapakah mereka?”

“Mereka itu saudara kita, Cuma mereka bukan sekumpulan dengan kita. Hadapilah mereka jika mereka menyerang kita, tetapi berpalinglah dari mereka jika mereka tidak mengganggu kita.

MasyaAllah sangat indah kata-kata yang dilafazkan oleh Khulafa’ Al-Rasyidin yang terakhir ini. Kata-kata ini bagaikan satu penyelesaian di atas perbalahan yang berlaku di dalam dunia Islam sekarang.

Berbilang-bilang Jamaah

Realiti perjuangan Islam di Malaysia ini banyak mendedahkan kita dengan situasi taadud jamaah, jika dibilang, lebih dari sepuluh yang sudah didaftarkan samada menjadi NGO ataupun parti politik. Itu belum termasuk jamaah yang tidak didaftarkan secara sah dengan kerajaan dan hanya bergerak di bawah tanah sahaja.

Biarlah banyak manapun jamaah yang ada hakikatnya kita semua mempunyai satu tujuan yang sangat besar, iaitu untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam di atas muka bumi ini.

Tetapi, kebelakangan ini kita sering terdengar tentang banyak berlaku pertelingkahan di antara jamaah sehingga fokus yang ditetapkan oleh setiap jamaah ditinggalkan kerana lebih banyak masa dan tenaga digunakan untuk memenangkan jamaah masing-masing dan bukannya memenangkan Islam.

Akhlak kita yang ditarbiyyah

Sebagai seorang ahli gerakan yang ditarbiyyah dengan sistematik dan mempunyai manhaj yang jelas, kita seharusnya faham dengan realiti ini dan seharusnya lebih matang dalam mengendalikan isu-isu sedemikian.

Bukankah Imam Hasan al-Banna sudahpun berpesan kepada kita tentang perkara ini di dalam Arkanul Baiah yang pertama iaitu al-fahmu (faham). Dalam penjelasannya, beliau banyak menyatukan hati-hati orang mukmin ini agar sentiasa berada pada landasan yang benar supaya pembaziran tenaga tidak berlaku kerana perbalahan yang timbul dek kerana hal-hal yang furu’ dan tidak meningkatkan amal.

Ukhuwah

Sesungguhnya darjat ukhuwah yang paling rendah adalah berlapang dada terhadap shabat lain dan tingkatan tertinggi adalah ithar, iaitu mengutamakan sahabat lebih dari diri sendiri.

Nah, cuba tanya kembali dimanakah darjat ukhuwah kita sesama Islam? Adakah masih ada di dalam lingkungan ukhuwah yang dimaksudkan, ataupun sudah jauh lari kerana kepura-puraan.

Sikap taksub

Kadang-kadang kerana taksub terhadap jamaah menjadikan kita hilang punca dan arah tuju yang sebenarnya, adakah kita berintima’ di dalam jamaah ini semata-mata kerana jamaah atau kerana ingin menegakkan agama Allah?

Betul, memilih jamaah yang terbaik perlu untuk kita merasa yakin dalam perjuangan ini, tetapi itu tidak bermaksud kita boleh sewenang-wenangnya mengatakan jamaah lain salah dan hanya jamaah kita sahaja yang betul.

Sebaliknya kita perlulah menyedari tentang peranan jamaah yang berbeza-beza. Hiduplah seperti satu tubuh yang saling lengkap melengkapi diantara satu dengan yang lain. Andai anggota lain hilang, maka ia akan menyulitkan pergerakan anggota yang lain.

Dalam naungan Mahabbah

Islam menganjurkan kita bersederhana di dalam melakukan setiap perbuatan. Jangan terlalu melampau dan jangan pula terlalu sedikit melakukan amalan. Marilah bersatu di dalam naungan rasa mahabbah dan kasih sayang. Andai kata ada yang silap, perlulah ditegur dengan penuh hikmah dan perlulah sentiasa siap untuk ditegur semula.

Jalan perjuangan ini memerlukan orang yang benar-benar ikhlas dan kita pasti tidak terlepas daripada tapisan Allah. Berjuanglah di medan masing-masing, andaikata seorang rebah, maka papahlah ia bersama menuju ke destinasi.

PERNAHKAH KITA TERFIKIR...

Pernahkah kita terfikir...
Masa kini terus meninggalkan kita
Semakin dikejar semakin jauh meninggalkan kita
Namun, hidup kita masih seperti dahulu
Lena dalam kemewahan duniawi
Leka dalam pujukan hawa nafsu
Yang hanya membawa kepada kelalaian
Yang hanya membawa kepada kerugian


Pernahkah kita terfikir...
Manusia ini dijadikan oleh Allah
Dikurniakan pelbagai nikmat yang tidak terhingga
Nikmat Allah yang mengatasi segala-galanya
Namun, sejauh mana kita mensyukuri nikmat kurniaan-Nya?
Sejauh mana pengabdian diri kita kepada-Nya?
Sejauh mana kita menunaikan segala suruhan-Nya?
Dan sejauh mana kita mencegah segala yang mungkar?


Pernahkah kita terfikir...
Kehidupan dunia hanyalah sementara
Sebagai persinggahan sebelum meneruskan pelayaran
Ke sebuah destinasi yang kekal selamanya
Ke sebuah destinasi yang digelar...akhirat
Syurga dan Neraka yang menanti di sana
Akan menanti bakal penghuni-penghuni mereka


Pernahkah kita terfikir...
Ke mana destinasi kita?
Ke syurga atau ke neraka?
Cukupkah amal ibadat yang dilakukan di dunia ini?
Cukupkah amalan untuk bekalan bagi meniti titian sirat?
Cukupkah amalan bagi menjadi penghuni jannah?
Adakah kita benar-benar bersedia menghadapinya?


Sedarlah...
Kita hanyalah hamba-Nya
Hamba-Nya yang tak punya apa-apa
Tak punya harta
Tak punya kekayaan
Tak punya kekuasaan
Manfaatlah masa
Yang hanya tinggal seketika cuma
Mendekatkan diri kepada-Nya
Mengabdikan diri kepada-Nya
Kepada-Nya sahaja tempat kita memohon
Dan hanya Dia yang menentukan segala-galanya...


~a.n.s~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...