Pada 10 Januari 2013, Badan Dakwah dan Surau (BADAS) telah menganjurkan majlis “Watikah Pelantikan BADAS” bagi sesi 2013 bertempat di Dewan Bukhari bermula jam 8.45 malam sehingga 10.30 malam. Majlis ini dilaksanakan bagi melantik dan mengesahkan jawatan Majlis Tertinggi (MT), ketua-ketua baru serta penolong-penolong ketua bagi setiap lujnah disaksikan oleh semua hali BADAS yang hadir. Watikah bagi MT BADAS disampaikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Ustaz Ismail bin Abdul Rahman; manakala bagi semua ketua dan penolong untuk setiap lujnah disampaikan oleh dan Penasihat BADAS, Ustaz Sukri bin Ahmad. Turut hadir bersama bagi memeriahkan majlis ialah Ustaz Abdul Rahman bin Abdullah, Ustaz Amir bin Nasrun, dan Ustazah Ghazilah binti Mohd Isa.


Ucapan oleh Ustaz Ismail bin Abdul Rahman ; Ketua Jabatan  Pendidikan Islam dan Moral.



Ucapan oleh Ustaz Sukri bin Ahmad ; Penasihat BADAS.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa bagi memberkati majlis dan ucapan daripada penasihat BADAS. KJ JAPIM turut memberikan sepatah dua kata bagi menyuntik semangat kepada ahli BADAS sebelum menyampaikan watikah kepada ahli MT BADAS yang baru dilantik. Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah kepada semua ketua dan penolong yang dilantik untuk sesi 2013. 


Baiah oleh MT, ketua dan penolong lujnah. 

Baiah oleh ahli BADAS.


Baiah oleh ahli BADAS.

Para penerima lantikan turut melafazkan “Bai’ah” diikuti dengan bacaan ikrar oleh semua ahli BADAS yang hadir. Majlis diteruskan lagi oleh nyanyian lagu tema BADAS yang bertajuk “Satu Hati” oleh semua ahli BADAS. Kumpulan Qasidah An-Nadaa turut mempersembahkan beberapa Qasidah pada penghujung majlis.


Kumpulan Qasidah An-Nadaa memepersembahkan Qasidah.
Para hadirin telah dijemput untuk menikmati hidangan yang disediakan selepas majlis berakhir.