Sebelum hangatnya Pilihanraya Kampus baru-baru ni,
IPG Kampus Sultan Abdul Halim dihangatkan juga dengan team-team sembelih menyembelih.
dengar cerita, kecoh juga situasi masa tu.
Yerlah..bab bab sembelih jangan main-main kan..
Silap sembelih,memang naya.
Tapi, kalau nak sembelih pun, mesti kena ada kemahiran dna cara-caranya.
Apa yang kecoh sangat pasal sembelih ni?

Apa yang terjadi sebenarnya?


Pada 16 April 2011 yang lepas, 
Badan Dakwah dan Surau telah menganjurkan satu program yang julung kali diadakan di bumi IPSAH 
ini iaitu kursus sembelihan .


Kaedah sembelihan oleh Dr. Riduan

Sambutan program ini mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan guru pelatih IPSAH.  Seramai 100 orang yang menyertainya. Program ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan para peserta diberi taklimat kursus sembelihan yang disampaikan oleh Dr. Ridzuan Ahmad. 


Selepas mendengar taklimat setiap peserta dibekalkan seekor puyuh untuk membuat praktikal. Semasa para peserta menyembelih puyuh, banyak ragam yang dapat dilihat. Antaranya ada juga yang ‘takut’ akan darah. Namun begitu, sekurang-kurangya mereka dapat mengambil pengalaman daripada kursus ini. 


Para peserta menjalani praktikal

Selepas praktikal penyembelihan para peserta bertungkus lumus untuk menyediakan makanan berlaukkan daging puyuh.  Kursus sembelihan ini tamat pada pukul 1.05 petang. 

Praktikal

Carik-carik untuk di masak..


Pihak BADAS berharap dengan program ini para guru pelatih dapat mengambil pengalaman dan mengaplikasikan sembelihan binatang ini pada masa akan datang… InsyaAllah