Pada 12 Februari 2011, Lajnah Kecemerlangan Jasmani sekali lagi telah mengadakan aktiviti tahunan BADAS iaitu Sukan Badas Dakwah dan Surau ( SUBADAS ) yang bertempat di Pulako Institut. Program ini melibatkan penyertaan oleh ahli BADAS dan bukan BADAS yang berminat.
Aktiviti bermula pada jam 8.00 pagi. SUBADAS dimulai dengan bacaan doa oleh Saudara Ahnaf Afiq. Bagi membentuk biah solehah, tazkirah turut disampaikan oleh Saudara Amir kemudian diambil alih oleh Saudara Naim untuk aktiviti senam aerobik.
Tepat jam 9.00 pagi, aktiviti SUBADAS bermula. Sebelum itu, muslimin dan muslimat diasingkan. Muslimin mengambil tempat di kawasan gelanggang manakala muslimat mengambil tempat di Dataran Pulako. Aktiviti dimulakan dengan permainan Mengambil Getah Menggunakan Straw. Getah tersebut perlulah dihantar kepada sahabat yang berada di belakang dan pada akhir permainan, getah akan dikumpul dan dikira jumlanya. Kumpulan yang berjaya mengumpul getah yang terbanyak akan mendapat mata yang tinggi.
Permainan seterusnya ialah Menimbang Bola Takraw bagi perserta muslimin. Setiap pasukan mestilah menimbang dengan kiraan yang paling banyak. Acara ini agak sukar jika para peserta tidak bekerjasama antara satu sama lain. Berdasarkan permainan ini, para perserta dapat melahirkan sikap saling tolong menolong antara ahli kumpulan mereka.
Permainan seterusnya ialah Menimbang Bola Tampar bagi peserta muslimat. Setiap pasukan perlulah bekerjasama untuk menimbang bola tampar sebanyak yang termampu. Oleh itu, pihak AJK SUBADAS telah mengulang permainan ini sebanyak dua kali dan peraturan telah dipermudahkan agar kesemua peserta dalam pasukan dapat menimbang bola.
Sukaneka yang ketiga ialah Sarkas Jinak. Setiap kumpulan perlu mengundi untuk memilih nama binatang serta dijadikan sebagai kata kunci setiap kumpulan. Setelah itu mata setiap peserta akan ditutup dan peserta tersebut perlu mencari ahli kumpulan mereka dengan melakukan bunyi binatang yang mereka dapat. Selepas sukaneka ini berakhir, para peserta diberikan masa untuk berehat sebentar. Acara seterusnya ialah lari dalam guni.
SUBADAS bahagian muslimat dimeriahkan lagi dengan acara Lari Di Dalam Guni yang berlangsung di padang. Semua peserta muslimat bergerak ke padang dan diberi penerangan oleh AJK yang terlibat. Acara ini turut disemarakkan lagi dengan sokongan daripada ahli peserta. Seusainya acara lari di dalam guni, aktiviti diakhiri dengan permainan Terbangkan Aku.
Permainan Terbangkan Aku ini memerlukan tiga pasangan yang diwakili oleh enam orang peserta. Setiap pasangan akan ditempatkan di setiap kon yang ada. Seorang peserta akan menarik sahabatnya yang akan duduk di atas guni. Permainan berlangsung selama 15 minit.
Manakala peserta muslimin pula mengakhiri SUBADAS dengan Permainan Tarik Tali mengikut liga. Acara ini amat memenatkan. Hal ini kerana permainan ini bermula hampir waktu tengahari. Tetapi atas pegangan ukhwah yang mantap, peserta muslimin dapat bermain dengan perasaan gembira sehingga menghilangkan penat yang ada. Selepas tamat permainan ini, peserta muslimin bergerak semula ke PULAKO untuk berehat dan bersedia bagi acara penutup SUBADAS 2011. Sementara menunggu aktiviti muslimin berakhir, AJK yang bertugas telah mengadakan beberapa aktiviti ringan seperti pembaca berita berkepala.
Pada jam 12 tengah hari, kesemua peserta SUBADAS telah berkumpul di Dewan Budi bagi mengakhiri program hari ini. Majlis penyampaian hadian dimulai dengan ucapan oleh Pengerusi BADAS iaitu Saudara Nik. Dalam ucapannya, Saudara Nik mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli BADAS yang telah hadir dan khususnya kepada Lajnah Kecemerlangan Jasmani yang telah menganjurkan SUBADAS ini. Tambahnya lagi, kekuatan perlu dibina bukan sahaja pada solat jemaah tetapi setiap masa merangkumi kesemua aspek kehidupan iaitu aspek jasmani , emosi, intelektual, ekonomi, sosial dan rohani.
Selepas usai ucapan Pengerusi, majlis terus meneruskan dengan aktiviti penyampaian hadiah oleh Pengerusi BADAS diiringi oleh Ketua Lahnah Kecemerlangan Jasmani. Kumpulan 1 muslimat telah berjaya meraih tempat ketiga. Tempat kedua pula dimenangi oleh Kumpulan 3 dan Johan ialah Kumpulan 4. Bagi kumpulan muslimin, tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan 2, tempat kedua digondol oleh Kumpulan 5. Johan muslimin dimenangi oleh Kumpulan 1 sebanyak 9 mata. sesi fotografi dijalankan oleh lajnah dokumentasi.
Alhamdulillah..SUBADAS dapat dijalankan dengan jayanya..Semoga program ini dapat diteruskan untuk masa-masa akan datang..InsyaAllah:)
p/s : Jutaan terima kasih diucapkan pada Lujnah KECEMERLANGAN JASMANI yang bertungkus lumus menjayakan program ni..x lupa juga pd rakan2 dr lujnah lain yang turut sama menyumbang tenaga & masa anda..SYUKRAN ^,^