Showing posts with label rancangan. Show all posts
Showing posts with label rancangan. Show all posts

Jom Mengaji!

Assalamualaikum w.b.t.



Semua dijemput hadir ke Daurah Fiqh Ramadan bersama Al-Fadhil Ustaz Shahrizan bin Hazime. 

Program Jom Mengaji Edisi Ambang Ramadan akan dijalankan pada dua hari iaitu pada:
27 Jun 2013 (Khamis) - selepas maghrib di surau.
3 Julai 2013 (Rabu) - selepas maghrib di surau.

 Jom belajar bab IBADAH dari A-Z dengan menggunakan Kitab Matan Safinatunnaja yang telah diterjemahkan dan dihuraikan oleh beliau. 


Boleh dapatkan kitab pada hari kuliah.


     Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu ini, iaitu : 

  1. Golongan yang sukar bertanya akan sesuatu ilmu 
  2. Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar kepada orang lain 
  3. Golongan yang yang mendengar orang yang mengajar ilmu 
  4. Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu. 


Bersama kita menuntut ilmu lillahi ta'ala. :-)


“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” 
[al-Ankabut, ayat 69]

Jom! Kita menonton sambil beramal (^_^)

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, BADAS Cinema kembali lagi untuk semester ke-2 / 2013.



Jom ramai-ramai kita hadirkan diri untuk menonton sebuah telemovie menarik "Mati Hidup Semula" yang penuh pengajaran.

Jangan risau, masuk adalah percuma!




Peluang hebat!
Jom latih diri dengan memperbanyakkan amalan sedekah sementara menanti ketibaan Ramadhan yang penuh mulia.
Tabung derma akan diedarkan sepanjang tayangan movie berlangsung.
Sumbangan yang terkumpul akan dihulurkan kepada tabung pembangunan Maahad Tahfiz Al-Barakah Tikam Batu yang ditimpa musibah kebakaran baru-baru ini. Jangan lupa bawa wang lebih ya. :)

_______________________________________________________________

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda: 
“Barangsiapa meringankan seseorang yang berada dalam kesulitan di dunia ini , nescaya kelak Allah akan meringankan dirinya di dunia mahupun di akhirat ,” 
( HR Muslim )

____________________________________________________________________


عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا مَاتَ الانْسَانُ اِنْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ اِلا مِنْ ثَلاثَةٍ اِلا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُولَهُ 
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Bersabda Rasulullah s.a.w. : 
"Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya. 
(HR Muslim)

Tanyalah Ustaz Edisi Ambang Ramadan di IPG KSAH


Jom ramai-ramai. 
Tambah ilmu tentang "Ramadan". 
Semua dijemput hadir. 

Selangkah ke Gerbang Perkahwinan!


"Bukankan merugikan Jika Di Waktu Anda Bakal Melangsungkan Majlis Perkahwinan, anda masih risau, tertekan dan Kelam Kabut Untuk Lengkapkan Dokumen-Dokumen Penting Memohon kelulusan Perkahwinan Anda?

Mulakan Langkah Bijak Dengan Memiliki Sijil Perkahwinan Terlebih Dahulu!!!!

Assalamualaikum w.b.t,

Makluman untuk semua,
Lajnah Helwani BADAS akan menganjurkan Kursus Pra-Perkahwinan ..
Penyertaan adalah terbuka kepada semua guru pelatih Islam dan juga umum yang berminat. 
Berikut merupakan maklumat program:

Tarikh:6-7 September 2013 (Jumaat dan Sabtu)
Tempat: Dewan Bukhari
Yuran Penyertaan: (Harga bergantung kpd bilangan peserta:
RM 50-RM60 (termasuk sijil, modul kursus dan makanan)

P/s: Makluman untuk sijil, SIJIL KURSUS adalah sah seumur hidup.

Untuk makluman lanjut juga pendaftaran sila hubungi:

FIRDAUS AMIRAH (013-5802102)
SHARIFAH RODZIAH (019-4494653)
NURUL AINSYIFA (013-3861851)


*jika berminat berikan nama penuh,no kad pengenalan, no tel, kelas (pelajar IPG) kpd nama2 berkenaan..


Tunggu apa lagi???
Daftarlah sekarang!

Istimewa untuk semua...khususnya warga Sungai Petani, pelajar IPG dan IPT yang berhampiran! :)

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat IPG KSAH


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...