Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

Andai Pembohongan Boleh Dikesan...

 Hayatilah cerita di bawah...
Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Wanita : Murah Senyuman Atau Semurah Senyuman?


Dedikasi khas buat : golongan hawa seperti ku tidak kira anda siapa, hakikatnya kita serupa

            

Apa yang tidak ada di dalam syurga? Tetapi Adam tetap rindukan Hawa. Pernah dengar sebaris ayat ni?? Mesti ramai yang pernah dengar. Ya! itulah hakikatnya. Maka ALLAH ciptakan Hawa. Berbeza daripada adam. ALLAH lengkapkan HAWA dengan sifat lemah lembut, cantik, dan halus dalam tindak tanduk. Itu fitrah! Apatah lagi jika dihiasi dengan senyuman yang tak lekang dibibir, nampak manis dan sejuk untuk dipandang. Itulah perempuan, wanita, gadis atau apa pun namanya, itulah fitrah kejadiannya.

“There are hundreds of languages in the world, but a smile speaks them all. so smile in the face of your brother, it can be a form of charity for you.”

            Senyum tu ibadah! Mampu menyenangkan hati sesiapa saja dan memberi perasaan gembira pada sesiapa pun, yalah bila kita tengok orang senyum mestilah kita pun tersenyum sama tak kiralah orang itu siapa, dan rasa macam tenang aja. Senyum ni tak perlu pun bukak mulut, tak perlu pun atur bahasa bagai nak rak, tengok grammar, semantik betol ke tak?? tak payah!! Senyum aja orang dah tahu dah, maksudnya suka, gembira. tak pernah orang senyum untuk menyatakan marah dan dendam.
senyum seindah suria~ (cr to Google Image)
   

Halal Haram Suatu Sensitiviti Yang Perlu Dizahirkan [akhir]


Oleh: Nik Mohd Fahmi b. Nik Harun Aminarrashed.

Syubhah

Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua individu yang bergelar muslim. Namun hakikat pada hari ini, pencarian makanan yang halal adalah sukar walaupun kita berada di negara yang majoritinya di kalangan orang islam. Mungkin ramai yang masih tidak percaya kerana tidak mendapat pendedahan tentang unsur-unsur yang dimasukkan dalam makanan seharian kita. Jika didedahkan sudah pasti ramai yang akan terkejut dengan hakikat halal dan haram yang berlaku sekarang. Kita sangat bersyukur kerana pada hari ini masih tidak ada orang islam yang makan daging khinzir secara jelas. Jika ada sekalipun, sudah pasti kes-kes seperti itu termasuk dalam kes-kes terpencil. Mungkin kerana sensitiviti terhadap pemakanan yang halal dan haram masih kukuh di hati-hati umat islam terutamanya di negara ini.

Tazkirah Dunia Akhir Zaman

Dalam hidup manusia yang penting adalah berkat,

bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat,

Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat,

Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat,

Apabila masyarakat jadi muafakat, Negara kita akan jadi kuat,

Apabila Negara jadi kuat, Negara luar jadi hormat,

Apabila Negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat,

Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat,

Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan jadi pesat,

Halal Haram Suatu Sensitiviti Yang Perlu Dizahirkan [Bahagian 2]

Oleh: Nik Mohd Fahmi b. Nik Harun Aminarrashed.
Bahagian 1


Pemakanan

Al-Quran sangat menitikberatkan isu pemakanan halal dan haram. Allah menurunkan ayat yang menjadi garis panduan pemakanan kepada sekelian manusia agar manusia menjaga prinsip pemakanan yang betul. Kita wajib mengikuti segala yang telah ditetapkan oleh Allah tanpa sebarang alasan dan dalih. Firman Allah :

“Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu” (Surah al-Baqarah ayat 168)
Ayat ini menjelaskan prinsip mencari makanan dalam kehidupan seharian. Pemakanan yang halal dirakamkan oleh Allah dalam al-quran membuktikan bahawa kehalalan sesuatu yang mengalir dalam tubuh badan seseorang manusia adalah sangat penting dan dituntut oleh Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...