Jom Mengaji!

Assalamualaikum w.b.t.



Semua dijemput hadir ke Daurah Fiqh Ramadan bersama Al-Fadhil Ustaz Shahrizan bin Hazime. 

Program Jom Mengaji Edisi Ambang Ramadan akan dijalankan pada dua hari iaitu pada:
27 Jun 2013 (Khamis) - selepas maghrib di surau.
3 Julai 2013 (Rabu) - selepas maghrib di surau.

 Jom belajar bab IBADAH dari A-Z dengan menggunakan Kitab Matan Safinatunnaja yang telah diterjemahkan dan dihuraikan oleh beliau. 


Boleh dapatkan kitab pada hari kuliah.


     Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu ini, iaitu : 

  1. Golongan yang sukar bertanya akan sesuatu ilmu 
  2. Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar kepada orang lain 
  3. Golongan yang yang mendengar orang yang mengajar ilmu 
  4. Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu. 


Bersama kita menuntut ilmu lillahi ta'ala. :-)


“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” 
[al-Ankabut, ayat 69]

Jom! Kita menonton sambil beramal (^_^)

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, BADAS Cinema kembali lagi untuk semester ke-2 / 2013.



Jom ramai-ramai kita hadirkan diri untuk menonton sebuah telemovie menarik "Mati Hidup Semula" yang penuh pengajaran.

Jangan risau, masuk adalah percuma!




Peluang hebat!
Jom latih diri dengan memperbanyakkan amalan sedekah sementara menanti ketibaan Ramadhan yang penuh mulia.
Tabung derma akan diedarkan sepanjang tayangan movie berlangsung.
Sumbangan yang terkumpul akan dihulurkan kepada tabung pembangunan Maahad Tahfiz Al-Barakah Tikam Batu yang ditimpa musibah kebakaran baru-baru ini. Jangan lupa bawa wang lebih ya. :)

_______________________________________________________________

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda: 
“Barangsiapa meringankan seseorang yang berada dalam kesulitan di dunia ini , nescaya kelak Allah akan meringankan dirinya di dunia mahupun di akhirat ,” 
( HR Muslim )

____________________________________________________________________


عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا مَاتَ الانْسَانُ اِنْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ اِلا مِنْ ثَلاثَةٍ اِلا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُولَهُ 
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Bersabda Rasulullah s.a.w. : 
"Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya. 
(HR Muslim)

Tanyalah Ustaz Edisi Ambang Ramadan di IPG KSAH


Jom ramai-ramai. 
Tambah ilmu tentang "Ramadan". 
Semua dijemput hadir. 

Selangkah ke Gerbang Perkahwinan!


"Bukankan merugikan Jika Di Waktu Anda Bakal Melangsungkan Majlis Perkahwinan, anda masih risau, tertekan dan Kelam Kabut Untuk Lengkapkan Dokumen-Dokumen Penting Memohon kelulusan Perkahwinan Anda?

Mulakan Langkah Bijak Dengan Memiliki Sijil Perkahwinan Terlebih Dahulu!!!!

Assalamualaikum w.b.t,

Makluman untuk semua,
Lajnah Helwani BADAS akan menganjurkan Kursus Pra-Perkahwinan ..
Penyertaan adalah terbuka kepada semua guru pelatih Islam dan juga umum yang berminat. 
Berikut merupakan maklumat program:

Tarikh:6-7 September 2013 (Jumaat dan Sabtu)
Tempat: Dewan Bukhari
Yuran Penyertaan: (Harga bergantung kpd bilangan peserta:
RM 50-RM60 (termasuk sijil, modul kursus dan makanan)

P/s: Makluman untuk sijil, SIJIL KURSUS adalah sah seumur hidup.

Untuk makluman lanjut juga pendaftaran sila hubungi:

FIRDAUS AMIRAH (013-5802102)
SHARIFAH RODZIAH (019-4494653)
NURUL AINSYIFA (013-3861851)


*jika berminat berikan nama penuh,no kad pengenalan, no tel, kelas (pelajar IPG) kpd nama2 berkenaan..


Tunggu apa lagi???
Daftarlah sekarang!

Istimewa untuk semua...khususnya warga Sungai Petani, pelajar IPG dan IPT yang berhampiran! :)

[Risalah Edisi Ke-9] : Bahana Maksiat dalam Kehidupan

klik gambar di atas untuk gambar yang lebih berkualiti tinggi ^^

[Risalah Edisi Ke-7] Usaha Tangga Kejayaan

klik gambar di atas untuk bacaan yang lebih jelas. :)

[Risalah Edisi Ke-6] Tidur: Sains dan Sunnah

klik gambar untuk bacaan yang lebih jelas

[Risalah Edisi Ke-3] Palestin - Di Mana Kita Pada Saat Ini?

klik untuk bacaan yang lebih jelas. :) syukron... 

RISALAH EDISI KE-5 [ 7 Konsep Tudung Islamik ]

Risalah Edisi Ke-4 [ Sumber Duit : Halal atau Haram ]

Risalah Edisi Khas: Valentine's Day

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat IPG KSAH


Laporan Aktiviti - Management by Objective (MBO)

   Aktiviti “Management by Objective” bagi sesi 2013 telah diadakan pada 11 Januari, hari Jumaat, bermula pukul 8.30 pagi sehingga 12 tengah hari, bertempat di Ruang Legar IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Ia dihadiri oleh hampir kesemua ahli BADAS yang mewakili lujnah masing-masing. Aktiviti ini diadakan bertujuan memperjelaskan dan membahagikan skop tugasan setiap lujnah dalam menganjurkan sebarang aktiviti yang telah dirangka dalam takwim BADAS.

    Setiap ahli bagi setiap lujnah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan tugasan masing-masing dalam ketetapan masa tertentu atau dalam mengendalikan sebarang aktiviti berkaitan. Ketua bagi setiap lujnah menerangkan skop tugasan setiap ahli selain membincangkan dan merangka perancangan aktiviti lujnah dalam jangka masa panjang dan juga jangka masa pendek. Setiap lujnah berpeluang menyelesaikan sebarang perkara, perancangan, dokumen serta kertas kerja yang tertangguh semasa sesi kepimpinan yang lepas. Setiap ahli majlis tertinggi BADAS juga ditugaskan untuk memantau setiap lujnah bagi memastikan kelancaran dan penyelarasan dalam perangkaan aktiviti dan perbincangan.

       Setiap lujnah telah memberikan komitmen dan kerjasama yang sangat memuaskan. Hasilnya, banyak aktiviti yang mencapai persetujuan ahli yang terlibat dan dijangka akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan sasaran. Sarapan ringan turut disediakan sepanjang aktiviti ini dijalankan.
                                

Perbincangan Majlis Tertinggi

Lajnah Jasmani sedang sibuk menyiapkan kertas kerja

aii tengok je??

Lajnah Penerbitan yang bersemangat

pendakwah WANITA

SPMI dan Lajnah Kebajikan bergabung tenaga 

Risalah Edisi Ke-2 [ Adab Menuntut Ilmu ]

Risalah Edisi Pertama

MONTAJ PROGRAM LANTUNAN MAHABBAH RASULULLAH S.A.W 2012

TANZIM BADAN DAKWAH DAN SURAU SESI 2013


TANZIM BADAN DAKWAH DAN SURAU SESI 2013
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
SULTAN ABDUL HALIM




PRESIDEN
Muhammad Faiezzullah Bin Shaari

TIMBALAN PRESIDEN 1
Hazman b. Man’aim

TIMBALAN PRESIDEN 2
Nurul Hidayah Binti Muktar

SETIAUSAHA
Mohammad Syahmeer Bin Ruslan

TIMBALAN SETIAUSAHA
Intan Munirah Binti Mohd Nordin

BENDAHARI
Mohamad Nazir Bin Azlan

TIMBALAN BENDAHARI
Nurul Aina binti Hazimin

LAJNAH SPMI
 Ketua : Muhamad Khairul Adham Bin Mat Akhir
Timbalan 1 : Ahnaf Afiq Bin Shairul Bazri
Timbalan 2 : Nur Nasuha Binti Shuhaimi

LAJNAH MANNA WA SALWA
Ketua : Solihin bin Ahmad Bakary
Timbalan : Nurul Syuhada Atikah Bt Sahee

LAJNAH KECEMERLANGAN JASMANI
Ketua : Mohamad Amsyar Bin Ilyas
Timbalan : Siti Fatimah Binti Jamaludin

LAJNAH PENERBITAN DAN INFORMASI
Ketua : Muhammad Fakhrul Rodzi Bin Fauzi
Timbalan : Nur Izni Bt Mohd Sabri

LAJNAH HELWANI
Ketua : Firdaus Amirah Bt Abdul Latif
Timbalan : Farehah Bt Bakry

LAJNAH EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN
Ketua : Muhammad 'Aamir Bin Abd Samat
Timbalan : Nur Anas Amalina Bt Abd. Rahman

LAJNAH KEBAJIKAN DAN PENGURUSAN
Ketua : Akmal Adli b. Nasaruddin
Timbalan : Nurul Izza Binti Shafiee

LAJNAH SENI BUDAYA ISLAM
Ketua : Ahmad Zabani b. Omar
Timbalan : Nur Najiha bt. Zainuddin




Majlis Watikah Perlantikan BADAS 2013

Pada 10 Januari 2013, Badan Dakwah dan Surau (BADAS) telah menganjurkan majlis “Watikah Pelantikan BADAS” bagi sesi 2013 bertempat di Dewan Bukhari bermula jam 8.45 malam sehingga 10.30 malam. Majlis ini dilaksanakan bagi melantik dan mengesahkan jawatan Majlis Tertinggi (MT), ketua-ketua baru serta penolong-penolong ketua bagi setiap lujnah disaksikan oleh semua hali BADAS yang hadir. Watikah bagi MT BADAS disampaikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Ustaz Ismail bin Abdul Rahman; manakala bagi semua ketua dan penolong untuk setiap lujnah disampaikan oleh dan Penasihat BADAS, Ustaz Sukri bin Ahmad. Turut hadir bersama bagi memeriahkan majlis ialah Ustaz Abdul Rahman bin Abdullah, Ustaz Amir bin Nasrun, dan Ustazah Ghazilah binti Mohd Isa.


Ucapan oleh Ustaz Ismail bin Abdul Rahman ; Ketua Jabatan  Pendidikan Islam dan Moral.

ORGANISASI BADAS IPG KSAH SESI 2012


CINEMA BADAS: Hafalan Shalat Delisa

Pada hari Khamis yang lepas bersamaan 1/3/2012, BADAS di bawah lajnah Penerbitan dan Publisiti sekali lagi telah berjaya menganjurkan  tayangan filem buat tatapan semua warga IPG Kampus Sultan Abdul Halim.


Syukur ke hadrat Illahi kerana pogram yang dikenali sebagai 'CINEMA BADAS' ini masih dapat diteruskan lagi dan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua warga IPG KSAH.


Berikut merupakan maklumat mengenai tayangan tersebut:

Tarikh: 1/3/2012
Masa: 9.00 pm
Tajuk tayangan: Hafalan Shalat Delisa
Tempat: Dewan Bukhari



Diharapkan, pogram yang menarik dan bermanfaat seperti ini dapat diteruskan lagi untuk masa yang akan datang.Kepada warga IPG KSAH yang ada cerita atau filem yang ingin dikongsi bersama, anda boleh hubungi mana-mana ahli lajnah Penerbitan dan Publisti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...