Showing posts with label pengumuman. Show all posts
Showing posts with label pengumuman. Show all posts

Jom! Kita menonton sambil beramal (^_^)

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, BADAS Cinema kembali lagi untuk semester ke-2 / 2013.



Jom ramai-ramai kita hadirkan diri untuk menonton sebuah telemovie menarik "Mati Hidup Semula" yang penuh pengajaran.

Jangan risau, masuk adalah percuma!




Peluang hebat!
Jom latih diri dengan memperbanyakkan amalan sedekah sementara menanti ketibaan Ramadhan yang penuh mulia.
Tabung derma akan diedarkan sepanjang tayangan movie berlangsung.
Sumbangan yang terkumpul akan dihulurkan kepada tabung pembangunan Maahad Tahfiz Al-Barakah Tikam Batu yang ditimpa musibah kebakaran baru-baru ini. Jangan lupa bawa wang lebih ya. :)

_______________________________________________________________

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda: 
“Barangsiapa meringankan seseorang yang berada dalam kesulitan di dunia ini , nescaya kelak Allah akan meringankan dirinya di dunia mahupun di akhirat ,” 
( HR Muslim )

____________________________________________________________________


عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا مَاتَ الانْسَانُ اِنْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ اِلا مِنْ ثَلاثَةٍ اِلا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُولَهُ 
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Bersabda Rasulullah s.a.w. : 
"Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya. 
(HR Muslim)

Tanyalah Ustaz Edisi Ambang Ramadan di IPG KSAH


Jom ramai-ramai. 
Tambah ilmu tentang "Ramadan". 
Semua dijemput hadir. 

Selangkah ke Gerbang Perkahwinan!


"Bukankan merugikan Jika Di Waktu Anda Bakal Melangsungkan Majlis Perkahwinan, anda masih risau, tertekan dan Kelam Kabut Untuk Lengkapkan Dokumen-Dokumen Penting Memohon kelulusan Perkahwinan Anda?

Mulakan Langkah Bijak Dengan Memiliki Sijil Perkahwinan Terlebih Dahulu!!!!

Assalamualaikum w.b.t,

Makluman untuk semua,
Lajnah Helwani BADAS akan menganjurkan Kursus Pra-Perkahwinan ..
Penyertaan adalah terbuka kepada semua guru pelatih Islam dan juga umum yang berminat. 
Berikut merupakan maklumat program:

Tarikh:6-7 September 2013 (Jumaat dan Sabtu)
Tempat: Dewan Bukhari
Yuran Penyertaan: (Harga bergantung kpd bilangan peserta:
RM 50-RM60 (termasuk sijil, modul kursus dan makanan)

P/s: Makluman untuk sijil, SIJIL KURSUS adalah sah seumur hidup.

Untuk makluman lanjut juga pendaftaran sila hubungi:

FIRDAUS AMIRAH (013-5802102)
SHARIFAH RODZIAH (019-4494653)
NURUL AINSYIFA (013-3861851)


*jika berminat berikan nama penuh,no kad pengenalan, no tel, kelas (pelajar IPG) kpd nama2 berkenaan..


Tunggu apa lagi???
Daftarlah sekarang!

Istimewa untuk semua...khususnya warga Sungai Petani, pelajar IPG dan IPT yang berhampiran! :)

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat IPG KSAH


Bicara Murabbi

Assalamualaikum


perhatian kepada semua ahli BADAS..satu program diskusi yang akan dijalankan seperti 


berikut:-


Tajuk: "Bicara Murabbi"

Tarikh: 25.2.2012 (Sabtu)


Masa: 9.15 malam

Tempat: Dewan Bukhari 



Penceramah: Dr. Abdul Rahman B. Abdullah 





*Kehadiran semua ahli BADAS adalah WAJIB..semoga Allah SWT merahmati usaha 


kita..InsyaAlah.

Ringan pada pandangan, berat pada timbangan.

Assalamualaikum.
Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke majlis ilmu dan berikut merupakan maklumat mengenai majlis ilmu tersebut.


Bersama- samalah meramaikan taman syurga  ini. Sekian, dimaklumkan.

Nak Fahami Bacaan Solat?

Majlis Makan Malam dan Muktamar Tahunan BADAS kali ke-3

Assalamualaikum...


Untuk makluman semua guru pelatih, terdapat sedikit perubahan pada tarikh majlis iaitu


Tarikh : 12 Oktober 2011 / 14 Zul Qaedah 1432 H

Hari : Rabu

Bayaran : RM 10.00

Dialu-alukan kepada ahli BADAS dan terbuka kepada semua warga IPG KSAH

Untuk penyertaan sila hubungi Nurul Huda (PISMP PA semester 2) : 017-5730224

Pakaian : Lelaki (Baju Melayu Kebangsaan Lengkap) Perempuan (Baju Kurung atau Jubah)

Sila bawa kad jemputan ke majlis makan malam untuk pendaftaran

Cabutan bertuah dan persembahan dari kumpulan nasyid Ilhan Nur menanti anda..

[CUCI AMAL] Mari basuh motor dan kereta~

Pengumuman: Khidmat Mukmin

Assalamualaikum

Badas akan menganjurkan satu aktiviti 'Khidmat Mukmin'
atau dengan bahasa mudahnya, aktiviti gotong royong.
Berikut adalah butir-butir mengenai aktiviti ini:

Tarikh : 24 Jun 2011 (JUMAAT)
Jam : 8 Pagi.
Tempat: Surau IPG KSAH.


~Kehadiran ahli-ahli Badas adalah diwajibkan~

Apa? BADAS buat tayangan Filem seperti di Panggung Wayang?

Assalamulaikum..

Apa khabar iman saudara dan saudari hari ini?

InsyaAllah..pada hari ini, iaitu 27 April 2011,
Pihak Badas dengan anjuran Lujnah Penerbitan dan Publisiti
akan mengadakan satu tayangan filem khas buat guru-guru pelatih
di IPG Kampus Sultan Abdul Halim...


Tatacara dan Peraturan Undian Pilihanraya JPP

Pilihanraya sudah semakin dekat. Namun, kita sebagai warga IPG KSAH sudah tahu bagaimana mahu mengundi?

 Bagi pilihanraya kali ini, terdapat enam kategori kerusi calon

i. calon umum
ii. calon kolej kediaman
iii. calon luar kampus
iv. calon ambilan
vii. calon opsyen/kursus
viii. calon borneo

Peraturan dan tatacaranya adalah seperti berikut:

KURSUS SEMBELIHAN 2011

 Berhubung dengan beberapa perubahan tarikh bagi Kursus Sembelihan sebelum ini kerana dipengaruhi beberapa faktor, jadi kami telah sebulat-bulat hati menetapkan bahawa tarikh sebenar KURSUS SEMBELIHAN BADAS 2011 adalah seperti tarikh asal, iaitu 16 April 2011 (Sabtu).
Berikut adalah butir-butirnya :

* 16 April 2011 (Sabtu)
* Bermula 8.30 Pagi.

Teori & Praktikal Sembelihan (Setiap individu akan merasai sendiri pengalaman sembelih, tidak ada yang ambil puyuh nak bela dan sebagainya ya.. :) ). * Taklimat sembelihan akan diberikan oleh Dr Ridzuan Bin Ahmad, Pensyarah JAPIM.

sembelih puyuh.. bukan lembu.. (credit to Google)

* Peralatan seperti pisau akan disediakan oleh pihak penganjur.
* Jamuan akan turut disediakan selepas praktikal penyembelihan.

# Penyertaan masih dibuka sehingga 12 April 2011 (Selasa), dan bayaran yuran juga boleh dilaksanakan sebelum atau selewat-lewatnya pada pukul 5 Petang tarikh berkenaan.

# Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada individu2 berikut :

* Saudara Lufti (PISMP Math Sem 5)
* Saudara Farhan (PISMP Math Sem 3)
* Saudara Zuhairi (PISMP BM Sem 3)
* Saudara Nazir (PISMP PA Sem 1)
* Saudara Amsyar (PPISMP PA Sem 2)
* Saudari Suhaiza (PISMP Sains Sem 1)
* Saudari Fathimah (PPISMP PA Sem 2)
* Saudari Suhila a.k.a Nuyu (PPISMP PJ Sem 2)

# Sekian, terima kasih. Selamat menyembelih.

Sumber: Badan Dakwah Dan Surau

[PENGUMUMAN]: Bacaan Yaasin dan Solat Hajat

InsyaAllah, majlis bacaan Yaasin dan solat hajat akan diadakan di surau IPG KSAH selepas Maghrib bertarikh 31/3/2011(hari ini). Beramai-ramai kita menyertai majlis ini untuk memohon perlindungan dari Allah daripada musibah yang kebelakangan ini melanda kampus kita.

Ujian dari Allah ini adalah sebagai peringatan untuk hamba-hambaNya. Insafilah diri serta sedarlah, musibah ini mungkin di atas kekhilafan kita sendiri.

Bersama-sama kita insyaAllah, memohon daripada Allah yang Maha Melindungi untuk menjaga kita dan harta benda kita. Ameen.

FORUM KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM

FORUM SEMPENA MAULIDUR RASUL..

salam kepada semua warga IPSAH

SATU FORUM BERSEMPENA MAULIDUR RASUL akan diadakan mengikut ketetapan berikut


TAJUK : INSAN MULIA, PEMILIK CINTA KEDUA
TARIKH : 16 FEB 2011 (RABU)
MASA : 9 MALAM
TEMPAT : DEWAN BUKHARI IPSAH
PANEL : UST NIK FAHMI AMINARRASHID & UST ZAKIR MOHD AMIN
MODERATOR : AHNAF AFIQ

* semua warga IPSAH dijemput hadir memeriahkan forum:-) sambil mendengar kita jalinkan ukhwah kerana ALLAH:-)


Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
~Banyakkanlah berselawat sebagai tanda CINTA kita kpada Rasulullah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...