Assalamualaikum w.b.t.



Semua dijemput hadir ke Daurah Fiqh Ramadan bersama Al-Fadhil Ustaz Shahrizan bin Hazime. 

Program Jom Mengaji Edisi Ambang Ramadan akan dijalankan pada dua hari iaitu pada:
27 Jun 2013 (Khamis) - selepas maghrib di surau.
3 Julai 2013 (Rabu) - selepas maghrib di surau.

 Jom belajar bab IBADAH dari A-Z dengan menggunakan Kitab Matan Safinatunnaja yang telah diterjemahkan dan dihuraikan oleh beliau. 


Boleh dapatkan kitab pada hari kuliah.


     Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu ini, iaitu : 

  1. Golongan yang sukar bertanya akan sesuatu ilmu 
  2. Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar kepada orang lain 
  3. Golongan yang yang mendengar orang yang mengajar ilmu 
  4. Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu. 


Bersama kita menuntut ilmu lillahi ta'ala. :-)


“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” 
[al-Ankabut, ayat 69]